Dalam hubungan percintaan, bukanlah sepanjang
hari sepanjang tahun anda berasa bahagia. Pasti berlaku konflik sama ada
disedari atau tidak. Mungkin di awal percintaan saling memahami lantaran
masing-masing sedaya upaya susah payah tutup segala kelemahan. Berikut
tiga perkara Cik Cinta kongsikan kepada anda perkara yang sering menyebabkan
berlakunya konflik percintaan:
1) SIKAP EGO DAN PANAS BARAN
Hisshh..kalau belum kawin dah merasa 5..6 kali
tamparan baik tak payah teruskan. Ini untuk baran tahap serius..asal korang
cakap sepatah je kena pelempang. Bayangkan dah kawin hari-hari kena pukul tak
ke menderita. Tapi kalau pasangan anda cuba dan berusaha untuk berubah, tak
salah anda membantu. Selain itu, kalau dua-dua ego, sorang pun tak mahu
mengalah susah jugak. Masing-masing ada pendirian dan perasaan tidak mahu
mengalah.
2) TIADA SIKAP PERCAYA PADA PASANGAN
Bayangkan setiap detik dilalui penuh perasaan
curiga dan tidak percaya pada pasangan anda. Mesti anda tidak dapat melakukan
rutin harian dengan tenang. Paling membuatkan pasangan anda bagai ‘dikurung’
apabila setiap saat dan detik anda asyik call..mesej pasangan anda bertanya
kepadanya dengan penuh perasaan curiga. Pasti pasangan anda tidak mempunyai
ruang untuk dirinya sendiri.
3) TERLALU CEMBURU
Ini bahaya nihh. Orang kalau cemburu
macam-macam boleh jadi. Kalau anda rasa sikap cemburu yang ditunjukkan pasangan
anda itu sweet, Sila teruskan, kalau
rasa macam bala je mohon lari jauh-jauh dalam erti kata lain cepat bertindak
agar tidak memburukkan keadaan.
Itu
sahaja untuk malam ini . Bahasa skema gila...takpe nanti Cik Cinta try tulis
ayat santai-santai. Ok. J
SELAMAT MALAM